Sesi mengopi TANPA beli kopi #618 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Tuan Eddie I nk tanya..i skrg ada viva 850 2009 manual U rasa ok ke kalau i tukar gearbox kpd auto?Atau trade in dgn u utk dptkan model yg sama atau lain tp auto juga. JAWAPAN: Sememangnya kalau trade in ke model auto lebih mudah kerjanya daripada menghantar kereta ke kedai foreman untuk menukar barangan kepada auto. Melainkan tuan foreman sendiri, kos penjimatan untuk menukar barangan tidak berbaloi. Penukaran agak rumit juga. Selain gearbox, kereta perlu ditukar kipas radiator, ECU, wiring, tambah lubang clutch cable. Selepas penukaran juga, tiada jaminan kereta ini tidak bermasalah kerana banyak barangan original sudah disentuh. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |