Sesi mengopi TANPA beli kopi #616 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: selamat pagi tuan eddie..nak tanya sikit tuan..saya pakai perodua Viva 1.0auto tahun 2010.masalah dia coil fan dah tukar..tapi bila bawa lebih 110 kereta semput berbunyi macam xde power ..apa masalah dia tuan..tolong bantu JAWAPAN: Penyebab-Penyebab Kereta Semput Bila Tekan Minyak 1. Tanda spark plug kereta rosak - adalah masalah yang sangat-sangat lazim berlaku. Apabila plug menjadi rosak, spark yang terhasil menjadi lemah lalu mengakibatkan pembakaran udara / bahan api yang tidak sempurna. 2 Masalah kabel spark plug Binaan dalaman kabel spark plug kebiasaannya diperbuat daripada serbuk karbon mampat (untuk menghambat RFI). Seiring perjalanan masa, kerosakan, kehausan dan penurunan prestasi akan berlaku. Ini seterusnya menyebabkan penghantaran voltan tinggi ke spark plug terganggu lalu berakibat pembakaran udara / bahan api yang tidak sempurna. 3. Tanda distributor rosak - - juga masalah yang sangat-sangat lazim berlaku. Tidak mengira sama ada distributor mekanikal (contact point) mahupun elektronik. Bagi distributor mekanikal, masalah berkaitan contact point dan condenser (capacitor) yang sering terjadi. Manakala bagi distributor elektronik, masalah berkaitan ignition coil binaan dalam yang sering berlaku (kalau rosak, kena tukar seketul). 4. Tanda coil plug kereta rosak - masalah ignition coil rosak memang sering terjadi. Apabila coil mulai bermasalah, maka kesannya spark yang terhasil pada plug akan terganggu. Ini seterusnya mengakibatkan pembakaran udara / bahan api di dalam silinder tidak sempurna. 5. Masalah penapis udara tersumbat - masalah air filter tersumbat memang sering berlaku. Sekiranya air filter digunakan terlalu lama, masalah tersumbat biasa terjadi. Air filter yang tersumbat juga akan meningkatkan penggunaan bahan api. 6. Masalah fuel filter tersumbat - fuel filter yang telah digunakan terlalu lama juga boleh mendatangkan masalah. Kebiasaannya masalah tersumbat akan terjadi. Ini juga biasa menjadi penyebab masalah semput pada kereta. 7. Masalah karburetor tersumbat - masalah karburetor tersumbat sering juga terjadi. Seiring perjalanan masa, kotoran dan mendapan biasa terbentuk di dalam karburetor. Ini juga sering menjadi penyebab masalah kereta semput. Karburetor perlu dibuka dan diservis. 8. Tanda fuel pump rosak - Kerosakan berkaitan fuel pump kebiasaannya terbahagi kepada dua kategori. Pertama, fuel pump yang rosak terus. Jika fuel pump sepenuhnya rosak, ia akan berakibat enjin langsung tak boleh dihidupkan. Kedua, tekanan pam tidak mencukupi. Jika tekanan pam tidak mencukupi, ianya juga boleh menyebabkan masalah semput. Enjin mungkin hidup dalam keadaan melahu (idle) tetapi akan semput apabila pedal throttle ditekan. Adakalanya ujian tekanan fuel pump perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca masalah. 9. Masalah berkaitan fuel injector - kegagalan fungsi normal fuel injector sememangnya boleh menyebabkan masalah semput. Diantara penyebab-penyebab berkaitan seperti kerosakan, kotor, tersumbat dan kepincangan proses buka dan tutup injector itu sendiri. Masalah-masalah ini juga boleh menyebabkan suntikan bahan api ke dalam silinder menjadi terlalu 'rich' atau 'lean'. Kepincangan suntikan bahan api ideal boleh mencetuskan lampu amaran check engine pada meter paparan pemandu. 10. Masalah berkaitan fuel pressure regulator - sesuai dengan namanya sebagai pengatur tekanan, pressure regulator juga adalah salah satu komponen yang penting, terutama pada kenderaan fuel injection. Fungsi utamanya adalah mengatur tekanan bahan api yang ideal dalam fuel system. Kepincangan fungsi pressure regulator akan mengganggu suntikan bahan api yang ideal ke dalam silinder. Ia juga menjadi salah satu penyebab masalah semput pada kenderaan. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |