Sesi mengopi TANPA beli kopi #612 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Bos mau tanya.antara loan kereta ni.mana bagus loan under aeon dan under bank? JAWAPAN: Perbezaan antara Aeon kredit dan bank ada 2 sahaja 1. Aeon kredit selalunya memberi pinjaman dengan kadar bunga 8% setahun. Bank pula meminjam dengan kadar 3%-4% setahun. Dari segi penjimatan bunga, bank jauh lebih murah 2. Kadar pinjaman kereta bagi Aeon kredit lebih tinggi daripada dengan bank. Sebagai contoh: Kereta Myvi jika berharga RM50k Aeon mungkin boleh pinjam RM50k Bank pula mungkin hanya boleh pinjam RM 45k. Dari segi modal yang perlu dikeluarkan untuk beli kereta, Aeon lebih berbaloi kerana pinjaman yang lebih tinggi sesuai untuk pembeli yang tidak ada begitu banyak duit untuk buat duit muka. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |