Sesi mengopi TANPA beli kopi #606 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hai tuan eddie. Sy plan nk cari kereta selesa utk kegunaan hari cuti bila sy balik semenanjung waktu cuti sekolah. Bajet rm25k. Berbaloi ke honda accord ni? Keutamaan selesa. Power. Low maintenance. Kereta ni utk perjalan jauh, mostly 500km sehala. Putrajaya to kuala terengganu. Mungkin 7000km per year. Tuan, boleh bg pendapat utk accord ni. JAWAPAN: Daripada gambar iklan di mudah, nasihat pertama ialah iklan yang tuan nampak tersebut adalah dari kedai kereta. Selalunya iklan kedai di mudah apabila tuan ke kedai tersebut, mereka akan 'top up' harga prosessing 5k-7k. Ini merupakan strategi kedai apabila mereka buat iklan di mudah.my supaya nampak murah. Oleh itu, jika tuan lihat harga 25k, harga akhirnya mungkin 30k-32k. Kereta Honda Accord tahun ini ada dua jenis 2.0 atau 2.4. 2.4 memang lebih berkuasa untuk jalan jarak jauh tetapi kegunaan minyak akan lebih tinggi dan roadtax kereta juga lebih mahal. Ketiga kos selenggara Honda Accord tidak semurah kereta tempatan atau model di bawahnya iaitu Honda City. Memandangkan tuan hanya gunakan 7000km setahun, mungkin masih berbaloi lagi. Ketiga, ini kereta terpakai oleh itu, perlu di periksa condisi kereta samada pernah mengalami kemalangan, spare part yang perlu ditukar termasuk tayar mungkin sudah botak. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |