![]() | Sesi mengopi TANPA beli kopi #600 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Slmt pgi bos.saya nk minta pndpt bos.skrg ada proton wira tahun 2000 n sdh habis byr.tpi sejak akhir2 ini.kereta ni semakin menunjukn keuzurannya.jdi skrg ok sdh servis cuma masih ragu2 tuk jalan jauh.jdi rasanya saya trrfikir nk ambil kereta baru proton saga bulanan rm395 sahaja.gaji tidklah besar mana cuma masih mampu lagi tuk bulanan d bwh rm400.ada ka berbaloi saya berhutang semula tau mcm mn.minta pndngn bos JAWAPAN: Jika kereta tersebut sering mengalami masalah, maka adalah tiba masanya untuk menukarnya. Ada beberapa faktor yang terlibat iaitu masa yang dibazirkan untuk membaiki kereta dan juga tidak dapat mengguna kereta tersebut serta kos pembaikian. Di antara dua faktor itu, masa adalah paling BERHARGA. Tidak semestinya beli yang baru juga bajet bulanan menjadi isu yang besar. Kereta baru harganya jatuh paling cepat... 20% terus selepas kereta dipandu keluar dari syarikat kereta. Tetapi jika tuan tiada pengalaman atau tiada kawan yang tahu tentang perihal kereta maka terpaksa juga untuk beli yang baru. Sekurangnya, kereta baru ada waranti untuk pembaikian. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |