EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #598

7/9/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #598
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello..good morning Mr.eddie..saya nampak ramai yang bertanya pada Mr.Eddie tentang kondisi dan maintenance kereta..disini saya nak bertanya..diantara kereta kia Forte 1.6 dan toyota vios yang mana lebih baik dan jimat maintenance...hajat di hati nak memikat kia forte..tapi tak tahu maintenance dan tahan lasak x kia forte tu..terima kasih banyak Mr.Eddie..harap Mr.Eddie boleh bantu lah

JAWAPAN:

Naza Forte sebenarnya bukan dalam class Toyota Vios. Lawan yang sebenar ialah Corolla Altis, Proton Inspira dan Honda Civic.

Dari segi saiz badan, saiz kabin dan kuasa enjin, Forte memang lawan Altis, Civic dan Inspira.

Tetapi, memandangkan Naza tiada faktor tarikan lain, maka dijual dengan harga lebih murah iaitu sama dengan Toyota Vios top spec.

Dari segi kuasa - Kia Forte keran kedua-dua enjin 1.6 dan 2.0 lebih kuat dari Toyota Vios 1.5.

Dari segi persembahan - Forte kerana gearbox 6AT, Vios masih 4AT.

Dari segi handling - dua-dua lebih kurang sama. Handling bukan keutamaan.

Dari segi keselesaan - Kia Forte kerana ruang kabin lebih panjang dan lebih lebar.

Dari segi selenggara - dua-dua sama rendah dan tidak guna timing belt. Tapi Vios rendah sedikit.

Dari segi package keseluruhan - Kia Forte kerana spesifikasi canggih termasuk keyless entry/go (takde guna kunci), ada reverse camera, pemain CD/mp3/usb, dan bagi model 2.0 ada 6 airbag..

Dari segi after-sales service, Toyota jauh mendahului dengan dua tempat teratas sepanjang 3 tahun lepas. NazaKia sentiasa di takluk dibawah (kajiselidik JD Power)

Dari segi resale value, Toyota Vios jatuh harga tidak begitu banyak

Dari segi tahan lasak, Toyota Vios mendahului Kia Forte

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta