Sesi mengopi TANPA beli kopi #594 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Ok Thanks mr eddie. Nanti saya cari Proton Exora. Sesuai kah kalau install ngv pada Exora dan drive 8 ke 10 jam sehari. Mohon advice dari tuan eddy? JAWAPAN: Jika dibandingkan dengan petrol, NGV sememangnya menjimatkan. Namun begitu ianya terpulang kepada poket kita. Ini kerana untuk memasang NGV memerlukan kos permulaan yang agak mahal. Keduanya ada juga yang takut untuk bermain dengan risiko kerana banyak yang menyatakan kereta yang menggunakan NGV ini cepat rosak. Kaedah Pemanduan Kenderaan NGV Kaedah pemanduan kenderaan menggunakan NGV memberikan ketahanan kepada enjin kereta yang menggunakan NGV. Misalnya bagi pengguna NGV, nasihat daripada pengguna NGV lain yang berpengalaman adalah dinasihatkan memandu dalam lingkungan 100km – 110km sejam sahaja untuk sesuatu perjalanan. Sekiranya ingin memandu dengan kelajuan melebihi 110 km ke atas sejam, disarankan supaya menggunakan petrol bagi mengelakkan enjin kenderaan menjadi panas terlampau. Tidak dinafikan ada kenderaan yang mampu untuk bertahan, tetapi ada juga enjin yang manja dan akan rosak kerana tidak tahan panas. Andai kita seorang pemandu yang cenderung kepada pemanduan ala-ala formula one, elakkanlah daripada memakai NGV. Ini kerana dengan NGV akan mengurangkan pick up kenderaan anda dan menggagalkan anda beraksi seperti pemandu kereta lumba dijalan raya. Kerana kurang pick up inilah akan menyebabkan anda stress dan menyumpah seranah NGV. Adalah lebih baik berbelanja lebih dengan petrol bagi membolehkan hati anda lebih puas untuk beraksi dengan hebat di jalan raya. Menyelenggara Kenderaan Tepat Pada Masa Apabila menggunakan NGV, antara lain adalah penukaran plug kereta mestilah dilakukan bagi setiap 20,000 km atas saranan daripada mekanik NGV yang berpengalaman. Apabila mencapai jarak ini juga disarankan supaya ditukar air filter yang harganya sekitar RM15. Tukarlah minyak hitam setiap kali 5,000 km atau 10,000 km dengan penuh berdisiplin. Selain daripada itu, air di radiator juga perlu diisi dengan air reverse osmosi yang ditapis dan menggunakan coolen yang baik (Ada yang mencadangkan menggunakan coolen Toyota yang berwarna merah. Harganya sekitar RM20 sebotol). Ini adalah langkah bagi mengawal kepanasan enjin. Air di dalam tangki penyimpan air dan radiator mestilah kerap diperiksa bagi mengelakkan ianya kering disebabkan kebocoran pada paip dan sebagainya. Harus diingat juga, sekiranya kenderaan sudah lama periksalah paip yang menyalurkan air. Sekiranya sudah keras, tukarlah dengan yang baharu. Bukan sahaja disebabkan menggunakan NGV, tetapi sekiranya memakai petrol sekalipun sekiranya ianya bocor akan menyebabkan radiator dan berasap. Alamatnya terbanglah beratus ringgit untuk tujuan overhaul. Hati-hati. Menurut seorang rakan di dalam group facebook NGV Owner, dicadangkan supaya tepet kenderaan diperiksa setiap enam bulan. Mungkin kita boleh minta mekanik tolong cek semasa kita menukar minyak hitam di kedai penyelenggaraan. Seeloknya, ambil tahulah serba sedikit tentang penjagaan asas kenderaan walaupun anda seorang ulat buku atau seorang wanita. Muatan Yang Berat Bagi kereta yang memasang tong NGV, sudah semestinya bebanan yang ditanggung agak berat. Tambahan pula kereta lama yang sudah lembut asorbernya. Bagi kereta baru tiada masalah. NGV, disebabkan asorber sudah lembut dan kemungkinan rosak menyebabkan kereta bergerak seperti perahu apabila membawa penumpang. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |