EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #593

7/9/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #593
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Morning mr eddy.. I tanya u ttg kereta singapore scrap nie.. Klu pakai apa masalah ny

JAWAPAN:

Kereta 'scrap' Singapura adalah sindiket terancang yang mampu membawa masuk kereta-kereta ini menyeberangi Tambak Johor dengan selamat. Ia kemudian dijual di pasaran gelap dengan harga yang sangat murah. Sebagai contoh, Toyota Wish terpakai di sini yang berharga RM40,000 hingga RM50,000. Tetapi kereta scrap ini dijual di bawah RM10,000. Ada juga yang serendah RM4,000 hingga RM5,000 sahaja.

Banyak model yang mudah menarik pembeli khususnya model-model mewah seperti BMW, Mercedes, Audi, Volkswagen. Malah boleh dapat juga Porsche, Maserati atau Lamborghini asal anda sanggup sediakan pengerasnya.

Adakah ia sah di sisi undang-undang?

Sudah tentu tidak, anda mungkin pernah dengar dakwaan yang kereta ini sah sebab ada rekod di JPJ dan anda bakal jadi pemiliknya yang sah. Baiklah. Ini adalah sindiket terancang.

Mereka mampu menyediakan dokumen lengkap seperti geran dan cukai jalan. Tetapi sebenarnya itu ialah dokumen yang diplagiat dari pemilik sebenar di Malaysia.

Misalnya, anda memesan Toyota Wish warna merah. Jadi mereka akan dapatkan rekod Wish warna merah yang didaftarkan di Malaysia dan mencetak geran serta cukai jalan yang sama dengan pemilik asal.

Cara pantas untuk menyemak-silang kereta klon adalah dengan memeriksa nombor casis. Kemudian bandingkan dengan nombor di dalam geran tadi.

Jika anda ditahan polis dengan kereta begini, kereta ini akan dirampas pihak polis dan anda akan dihadapkan ke mahkamah.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta