EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #585

7/9/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #585
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Morning tuan Eddie. 🙏🏼 Saya ingin mendapatkan nasihat serta saranan dari tuan.

Saya bercadang nak beli kereta Toyota Prius 1.8 tahun 2012 or 2013, untuk dijadikan kereta harian pergi kerja dan urusan seharian. Alasan utama beli kereta ini sebab penggunaan minyak yg lebih jimat. 

Jadi soalan saya,

1. Apa faktor yang perlu sy titikberatkan dan nilai untuk tahu kereta tersebut dalam keadaan yang baik kerana saya kurang ilmu dalam bab kereta.

2. Saya banyak dengar tentang kos tukar bateri untuk kereta prius ini yang begitu mahal. Boleh tuan bagitahu anggaran kos tersebut dan adakah ia berbaloi dgn penjimatan minyak yg diberikan?

3. Kedai tuan ada jual toyota Prius 1.8? 😁

Itu sahaja tuan. Harap tuan dapat membantu sbb ini nak jadikan kereta pertama sy. Terima kasih. 

JAWAPAN:

1. Jika ingin ceritakan bab ketahui condisi kereta terpakai memang panjang lebar jawapan ini. Sebagai kata pendek, kalau tuan ada kawan foreman dan kawan ketuk magat mohon dibawa ke kedai untuk lihat kereta tersebut. Kawan ketuk magat akan ketahui samada kereta pernah mengalami kemalangan. Kawan foreman pula akan ketahui condisi enjin, gearbox, dan kaki kereta.

2. Kos penukaran bateri anggaran dalam RM7k - RM 11k. Sebenarnya, kos penjimatan minyak untuk jangka masa panjang lebih kurang sama dengan kos penukaran baterinya.

3. Kedai kami tidak mempunyai kereta Toyota Prius. Tidak banyak permintaan di pasaran untuk kereta ini. Oleh kerana kereta ini adalah campuran kereta elektrik melalui bateri bersama kegunaan minyak petrol, teknologi enjin kereta ini lebih rumit dan tuan perlu mencari pakar kalau kereta mengalami masalah. Sebagai kereta pertama, saya tidak sarankan tuan beli kereta ini. Cari kereta yang lebih mudah untuk dikendalikan.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta