Sesi mengopi TANPA beli kopi #583 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello sir. Sy nk tanye. Sy br pakai wish selama 5 bulan. DP sy bg hrtu,10k and bulan2 rm1100. Skrg ni komitmen sy dh bertambah dan x mampu nk bayar wish ni. Kalau sy nk trade kn ke kereta lebih kecil,boleh x? Contoh seperti myvi atau axia. Sbb sy mmg x mampu nk bayar lagi bulanan utk kereta wish ni atas masalah peribadi. Mohon pencerahan tuan. Terima kasih. JAWAPAN: Pertama sekali, sebelum kita ketahui samada tuan boleh tukar kepada kereta lain, perlu diketahui jumlah hutang di bank. Untuk tugasan ini, tuan boleh tanya bank terus berapa 'Full Settlement untuk kereta ini'. Langkah kedua, selidik harga pasaran untuk kereta Toyota Wish ini. Tuan boleh lawati laman web mudah.my atay carlist.my untuk ketahui betapa harga jualan kereta tersebut. Langkah ketiga ialah mengetahui samada tuan perlu tambah wang atau dapat wang pendahuluan untuk kereta seterusnya. Jika harga jualan LEBIH daripada jumlah hutang di bank, maka tuan ada wang lebihan untuk beli kereta seterusnya. Jika harga jualan KURANG daripada jumlah hutang di bank, maka tuan perlu tambah wang untuk kereta Toyota Wish ini sebelum boleh beli kereta seterusnya. Jika kes tuan ialah scenario kedua dan tuan tidak dapat tambah wang, maka tuan dinasihatkan untuk pulangkan kereta kepada pihak bank untuk dilelongkan. Jumlah jualan yang didapati akan kurang dari jumlah hutang di bank. Baki ini tuan masih perlu dibayar di bank tetapi paling kurangnya tuan sudah berjaya jual kereta tersebut. Nama tuan akan disenarai hitam sehingga baki hutang diselesaikan. Dinasihati jangan disambung bayarkan kereta kepada orang lain kerana risikonya sangat tinggi dan ia juga menyalahi undang-undang. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |