Sesi mengopi TANPA beli kopi #580 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Lagi satu.. Honda City Generasi ke 4 ada 2 jenis Enjin iaitu iDSI dan VTEC. Apa beza antara dua enjin ni? Tuan. Apa kelebihan dan kekurangan setiap enjin ni? Dan Enjin mana satu yang terbaik dan kurang masalah. :) JAWAPAN: Honda City VTEC direka untuk pemandu yang ingin lebih banyak kuasa. Kegunaannya ialah untuk pickup yang lebih mantap ketika kereta tersebut berhenti di lampu isyarat. Lagi satu kegunaannya ialah untuk memotong kenderaan lain di jalanraya. Honda City IDSI pula direka untuk menjimatan kegunaan minyak. Oleh itu, pick up kereta tidak begitu berkuasa berbanding dengan Honda City VTEC. Tiada isu besar dalam bab enjin dalam kedua-dua kereta ini. Isu lebih ketara Honda City ialah gearboxnya. Harus diuji kereta terpakai sebelum dibeli. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |