Sesi mengopi TANPA beli kopi #578 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hai... Andaikata saya ingin membeli sebuah kereta tahun 2015 terus dari pemilik asal (direct owner), di mana kereta tersebut tiada lagi hutang di bank (owner dh buat full settelment):- 1) Bank apa yang boleh terima 'direct case' tanpa melalui syarikat 'used car' seperti ini? 2) Sekiranya saya ingin membuat permohonan melalui 'used car' berapakah cas yang dikenakan? 3) Adakah plihan lain seperti pinjamankrest dari syarikat 'user car' dan kebiasaanya berapa % interest yang dikenakan. Terima kasih in advance. JAWAPAN: 1) Selalunya kebanyakkan bank tidak menerima pinjaman terus daripada pengguna kerana kes pengguna tersebut hanya sekali-sekala sahaja berbanding dengan dari 'used car' yang berurusan dengan pihak bank setiap minggu. Kedua, oleh kerana kedai 'used car' sering berurusan dengan bank, pihak bank 'outsource' kerja follow up kepada kedai 'used car' maka kurang kerja untuk mereka. Tuan masih boleh cuba membuat 'direct case' di bank yang tuan membuka akaun simpanan. Paling kurang, pihak bank tersebut sudah ada rekod anda. 2) Cajnya terpulang kepada setiap kedai kereta. (Mungkin 3k - 5k) Kebanyakkan kedai kereta tidak membuat servis financing. Sebabnya ialah, reputasi kedai kereta akan terjejas setiap kali peminjam gagal membayar pinjaman kereta dengan baik sehingga kereta tertarik bank. Pihak bank akan menghubungi kedai kereta tersebut dan meminta kedai berhubung dengan pelanggan yang meminjam. Kedai kereta berpeluang menghadapi kisah di 'blacklist' oleh pihak bank kerana sering merujuk pelanggan yang tidak membayar kepada mereka. (Syarikat kami ada servis financing untuk pengguna) 3) Ada juga kedai yang membuat pinjaman kredit sendiri tetapi itu untuk penjualan kereta sendiri. Ada juga kedai kredit yang khusus membuat pinjaman kereta. Bunganya selalu 10% setahun. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |