EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #578

7/9/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #578
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai... Andaikata saya ingin membeli sebuah kereta tahun 2015 terus dari pemilik asal (direct owner), di mana kereta tersebut tiada lagi hutang di bank (owner dh buat full settelment):-

1) Bank apa yang boleh terima 'direct case' tanpa melalui syarikat 'used car' seperti ini?

2) Sekiranya saya ingin membuat permohonan melalui 'used car' berapakah cas yang dikenakan?

3) Adakah plihan lain seperti pinjamankrest dari syarikat 'user car' dan kebiasaanya berapa % interest yang dikenakan.

Terima kasih in advance.

JAWAPAN:

1) Selalunya kebanyakkan bank tidak menerima pinjaman terus daripada pengguna kerana kes pengguna tersebut hanya sekali-sekala sahaja berbanding dengan dari 'used car' yang berurusan dengan pihak bank setiap minggu. Kedua, oleh kerana kedai 'used car' sering berurusan dengan bank, pihak bank 'outsource' kerja follow up kepada kedai 'used car' maka kurang kerja untuk mereka.
Tuan masih boleh cuba membuat 'direct case' di bank yang tuan membuka akaun simpanan. Paling kurang, pihak bank tersebut sudah ada rekod anda.

2) Cajnya terpulang kepada setiap kedai kereta. (Mungkin 3k - 5k) Kebanyakkan kedai kereta tidak membuat servis financing. Sebabnya ialah, reputasi kedai kereta akan terjejas setiap kali peminjam gagal membayar pinjaman kereta dengan baik sehingga kereta tertarik bank. Pihak bank akan menghubungi kedai kereta tersebut dan meminta kedai berhubung dengan pelanggan yang meminjam. Kedai kereta berpeluang menghadapi kisah di 'blacklist' oleh pihak bank kerana sering merujuk pelanggan yang tidak membayar kepada mereka. (Syarikat kami ada servis financing untuk pengguna)

3) Ada juga kedai yang membuat pinjaman kredit sendiri tetapi itu untuk penjualan kereta sendiri. Ada juga kedai kredit yang khusus membuat pinjaman kereta. Bunganya selalu 10% setahun.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta