Sesi mengopi TANPA beli kopi #569 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hi eddie.selamat malam.ingin bertanya lagi.tak pasti jika soalan ini kena mengena atau tidak. jika A menjual kereta nya kepada B dengan sambung bayar.sebelum itu telah buat perjanjian yang berkaitan bersama pihak pesuruhjaya sumpah. soalan: jika B membuat kesalahan jalan raya seperti aes ,parking tempat yang tidak dibenarkan dan lain2,boleh ke saman itu ditukarkan kepada si B? JAWAPAN: Pertama sekali, Sambung Bayar menyalahi undang-undang jual-beli kereta di Malaysia. Oleh itu, segala perjanjian yang pernah dibuat oleh mana-mana parti bersama badan berkuasa seperti pesuruhjaya sumpah, tidak dikenali di mahkamah. Ini kerana, kereta ini sebenarnya bukan milik penjual kereta lagi. Hak milik kereta pada masa tempoh pinjaman kereta adalah kepada pihak bank. Oleh itu, segala kesalahan kenderaan masih akan balik kepada "penjual" kereta kerana hak milik kenderaan masih belum ditukar. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |