Sesi mengopi TANPA beli kopi #567 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Salam tuan, Vios previous gen/ vios dugong. Apa common problem nya? Dan apa saya perlu tahu sebelum membeli vios second hand? JAWAPAN: Tiada banyak isu dengan Toyota Vios versi dugong. Hanya ada segelintir orang yang merunggut tentang bunyi bising di bumbung ketika hujan. Ada juga yang komen apabila kereta ini membawa 5 dewasa lebih sukar untuk melepasi bonggol atas jalan tanpa kena bahagian bawah kenderaaan. Perkara yang perlu ketahui sebelum beli kereta Vios second hand 1. KONDISI Ini adalah kata kunci yang paling penting. Itulah pentingnya bawa kenalan atau mekanik yang arif tentang kondisi kereta. Periksa bahagian badan terlebih dahulu. Jika kereta pernah kemalangan teruk, dibaiki macam mana pun tetap pengendaliannya ke laut. Perlu diingat, kereta-kereta begini sangat banyak di pasaran dan pembeli amatur adalah mangsa mudah. Kereta banjir pun satu masalah juga. Periksa bahagian tersembunyi yang sukar dilihat mata kasar seperti di bawah pelapik bonet belakang, sekeliling getah pintu dan bawah karpet lantai. Bahagian cantuman (joint section) seperti fender kepada kerangka, pillar kepada kerangka seharusnya perlu kemas catatan rivet, tiada kesan buka pasang dan warna cat mesti sekata. Mereka yang mahir mesti dapat membezakan cantuman yang dibuat di kilang berbanding kerja kimpalan mekanik bawah pokok. Itulah perbezaan kerja tangan manusia dengan tangan robot. Periksa bahagian mekanikal supaya semuanya berfungsi. Nampak remeh tetapi JANGAN sesekali abaikan. Melainkan anda seorang kaki DIY dan mampu baiki sendiri kerosakan kecil. Pastikan semua tingkap kuasa berfungsi, lampu, indikator penting pada paparan meter dan ABS. 2. PANDU UJI Ini langkah kedua yang penting. JANGAN sesekali beli kereta tanpa pandu uji sebab mata kita mungkin menipu. Sebelum pandu uji, hidupkan enjin kereta dan biarkan melahu 10 hingga 15 minit. Uji tahap kesejukan penghawa dingin, tengok radiator cukup sifat ke tidak, cuba telek bahagian bawah enjin kalau-kalau ada lelehan pelincir atau cecair kotak gear. Waktu enjin melahu dan masih sejuk, tekan brek dan cuba masukkan gear “R” dan “D” untuk kereta automatik. Bagi kereta manual, masukkan kesemua gear dan pastikan gear ini terkunci sewaktu tuil dimasukkan. Bila dah panas baru gear terkunci. Ini petanda masalah besar, jangan maki jurujual tersebut. Pergi cari kereta lain lah. Jika semuanya okay-okay saja, sila lihat indikator suhu dan pastikan kipas radiator berpusing baru mulakan perjalanan. Ketika memandu, teliti bunyi-bunyi pelik terutamanya pada bahagian transmisi. Selain itu, dengar bunyi yang mungkin kedengaran seperti rak stereng yang haus, absorber yang dah hampir meninggal dunia dan seretan brek. Ini adalah benda-benda pakai lusuh, cuba bincang dengan jurujual kalau boleh diganti baru atau dibaiki. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |