EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #566

7/8/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #566
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi tuan. 

Mohon pandangan mengenai pemilihan kereta 4x4 terpakai. Lingkungan tahun 2010-2014. Penggunaan lebih terarah kepada jalan raya dan kadangkala penggunaan offroad (kebun).

1. Adakan lebih baik membeli transmisi auto @ manual?

2. Penjagaan yang lebih mudah (kos rendah, alat ganti mudah didapati, kedai yang boleh baiki banyak)

Terima kasih tuan.

JAWAPAN:

1. Toyota Hilux
Tak payah nak diperkenalkan lagi pada Toyota Hilux pada rakyat malaysia. Jenama dari Toyota ini merupakan kenderaan nombor satu paling banyak dijual di negara kita. 

Paling teruk pun hanya redah kat jalan kampung berselut dan becak selepas hujan. Atau masuk ceruk kampung yang tak ada jalan tar. Bawa barang banyak macam manapun tak kisah sebab Toyota Hilux memang lasak dan tidak pernah mengecewakan.

Bila hujan sahaja dan tanah becak, masa itulah peluang untuk masukkan 4x4. Memang besar dan terasa perbezaan dari segi cengkamannya pada jalan berselut dan licin macam mana sekalipun.

Kos selenggaranya juga tak mahal dan mudah untuk dilakukan. Ada banyak servis center Toyota di seluruh Malaysia.

2. Ford Ranger
Satu lagi jenama pikap trak yang tak perlu diperkenalkan pada mereka yang dah mula minat pada kenderaan 4x4 pelbagai guna ini. Ford Ranger dan duduk di tangga kedua paling banyak dijual di negara kita sekarang.

Puncanya kerana penampilan dan rupa bentuk yang Ford Ranger berikan pada peminat kenderaan pelbagai guna. Memang nampak gagah dan bergaya.

Komen dari pemakai Ford Ranger samada yang model lama atau yang baru pulak, semuanya kata tak ada masalah. Masih tetap power walaupun sudah berpuluh tahun menggunakannya. 

3. Isuzu D-Max
Ini antara yang paling kerap juga kita jumpa di atas jalan raya. Kedudukan mereka juga nampaknya semakin lama semakin meningkat dari segi hasil jualannya. Malah kalau ditengok dari segi jumlah jualan kenderaan komersial lain di Malaysia, Isuzu duduk di tangga ke-2 selepas Toyota.

Ramai yang rasa Dmax sangat tahan lasak juga.

4. Mitsubishi Triton
Jenama Mitsubishi Triton satu masa dahulu pernah jadi antara kenderaan paling kerap kena curi. Sampai insuran tak berani lindungi jika anda beli Mitsubishi ni. Sekarang rasanya tak lagi begitu.

5. Nissan Navara NP300

Dari segi pemanduan, memang tak boleh dinafikan keselesaannya. Kedudukannya yang rendah mudah naik memang tak boleh ditandingi oleh semua pikap trak 4x4 yang lain. Saiznya juga lebih bear sikit dari yang lain.

Kalau nak bawa sedap samada di jalanraya atau dalam hutan, rasanya Nissan Navara NP300 ni paling selesa berbanding semua kenderaan pikap trak 4x4 yang lain. Duduk di dalam terasa seperti bawa kereta sedan sahaja, punyalah selesa dan lancar.

Auto atau manual terpulang kegunaan tuan. Kalau lebih kepada masuk bukit lebih baik yang manual.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta