EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #561

7/8/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #561
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat pagi tuan.. sy nak tanya.. sy pengguna viva 850 .. kalau sy drive laju 90-120 stering terasa bergetar sgt.. apa punca masalah ya? Atau ini mmg normal?

JAWAPAN:

Gegaran sesuatu komponen akan disalurkan melalui casis atau kerangka boleh dirasai di semua bahagian kereta termasuk stereng. Untuk kes tuan, kemungkinan besar datang daripada bahagian roda atau syaf pacuan.

Gegaran roda boleh terjadi kerana kerosakan pada gegalas atau bearing tayar yang haus dan longgar atau syaf pacuan terutama kereta dengan pacuan roda hadapan di mana keseimbangan perlu diperiksa semula kerana ia boleh terjejas selepas mengalami pelanggaran lopak jalan.

Gegaran tayar lazimnya disebabkan ketidakseimbangan berat pada unit tayar secara keseluruhan termasuk rim atau tayar yang bengkok atau dipasang senget menyebabkan gegaran dan boleh dikesan apabila kita melakukan imbangan tayar secara memusingnya pada alat imbangan.

Namun begitu, jika imbangan luaran adalah sekata, dan anda masih menghadapi masalah gegaran stereng, eloklah dibuat imbangan dengan tayar terpasang atau ‘on-wheel balancing’ kerana beberapa sebab seperti pemasangan rim yang tidak betul atau lubang skru yang kurang tepat mungkin dialami dengan rim murah atau rosak sewaktu pembuatannya.

Imbangan atas roda seperti ini akan dapat mengesan gegaran yang dialami pada kelajuan tertentu kerana mesin ini mampu memusing roda mengikut kelajuan km/j dan mungkin disebabkan oleh anjakan atau offset yang tidak sesuai bagi kereta anda.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta