Sesi mengopi TANPA beli kopi #555 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Salam Sejahtera Tuan Eddie Saya dalam permohonan utk membeli kereta Peugeot 2nd hand tahun 2014 Kereta masih under warranty, services record masih ada sekiranya saya ingin merujuk dengan Pusat Servis Peugeot, apakah soalan-soalan yang relevan untuk ditanyakan berkenaan 'warranty cover' sebagai pemilik yang kedua Terima kasih JAWAPAN: Selalunya kereta terpakai yang masih ada warranty dari pembuat kereta, warrantynya boleh ditukar kepada pemilik baru. Hanya dikhuatir samada pemilik pertama telah membuat sesuatu yang mengakibatkan warranty ini dibatalkan. Contohnya, membuat servis kereta diluar pusat servis atau menukar sport rim tayar ke saiz berlainan. Soalan yang paling ketara ialah samada pemilik lama ada membuat sebarang servis atau penukaran luar daripada pusat servis. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |