Sesi mengopi TANPA beli kopi #552 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: En. Eddie. Saya pakai Kereta Hyundai sonata EF 2.4. Thn 03. Saya nak trade in berapa valuation sekarang .? Saya plan nak ambil MPV . Toyota unser LGX or Nissan Serena ( 2010) . mana satu yang low maintenance ? JAWAPAN: Hyundai Sonata 2003 anggaran harga pasara 7k-8k. Kedai kereta mungkin ambil dalam 3k-4k. Maintenance untuk kedua-dua kereta ini hampir serupa. Saiz kereta Toyota Unser lebih luas maka lebih selesa tempat duduknya untuk membawa penumpang. Akan tetapi oleh kerana saiznya yang besar, lebih sukar untuk kereta ini untuk bergerak kerana cc enjinnya tidak mencukupi untuk membawa kenderaan yang banyak penumpang. Nissan Serena pula bertubuh kecil oleh itu, pick up kereta akan lebih berupaya. Kedua-dua kereta ini merupakan kereta terpakai maka perlu ketahui condisi kereta sebelum dibeli. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |