EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #551

7/8/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #551
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat pagi...saya nak tanya tentang jenama absorber mana yang bagus...di antara APM dan KYB...Saya tanya sebab saya tidak pakar untuk mengetahui brand mana yang bagus...

JAWAPAN:

Absorber jenis APM dan KYB adalah jenama absorber yang paling laris di Malaysia. Kedua-duanya boleh jadi pilihan.

Apa yang lebih penting ialah kegunaan absorber tersebut.

Di bawah ialah perbandingan antara absorber minyak dan absorber gas.

Shock Absorber Jenis Minyak

1. Menawarkan kawalan dan pengendalian yang baik kepada perjalanan yang selesa.
2. Jika kenderaan anda adalah semata-mata standard, maka penyerap kejutan jenis minyak adalah pilihan yang terbaik.
3. Penyerap kejutan jenis minyak akan membuatkan anda merasa selesa apabila memandu di jalan berturap, walau bagaimanapun prestasinya agak terhad apabila melalui jalan-jalan yang tidak berturap.
4. Shock absorber jenis minyak amat sesuai untuk normal performance.
5. Penyerap kejutan jenis minyak akan menghasilkan buih-buih halus semasa unit beroperasi. Hal ini boleh menyebabkan sedikit kemerosotan prestasi. 

Shock Absorber Jenis Gas

1. Penyerap kejutan jenis gas kebiasaannya akan disuntik dengan gas nitrogen bertekanan rendah di dalamnya.
2. Gas nitrogen dikenakan ke atas bendalir hidraulik bagi mengatasi masalah pengudaraan dan buih-buih semasa unit beroperasi.
3. Gas nitrogen digunakan untuk mengatasi masalah peningkatan suhu bendalir hidraulik. Kesannya kadar kejutan injap lebih stabil dan dapat dikekalkan.
4. Semasa unit beroperasi buih-buih udara akan terhasil. Masalah ini dikenali sebagai cavitation. Penggunaan nitrogen dapat mengatasi masalah ini.
5. Penggunaan shock absorber jenis gas disarankan jika anda sering melalui jalan-jalan yang teruk. Ini adalah kerana penyerap kejutan gas memiliki prestasi yang lebih baik.
6. Penyerap kejutan jenis gas sesuai untuk persekitaran yang mencabar dan better performance.
7. Disyorkan jika anda ingin merendahkan /lowered sistem suspensin.
8. Memberikan kawalan yang mantap pada kelajuan tinggi, walau bagaimanapun suspension sedikit keras pada kelajuan rendah dan sederhana.
9. Sesuai digunakan pada kenderaan dengan muatan tinggi. Tahan lasak serta mempunyai ketahanan yang lebih bagus.

Sedikit Tips Shock Absorber

Semasa membuat penukaran penyerap kejutan yang baharu, perhatikan dan periksa juga keadaan coil spring. Tukar coil spring jika didapati ianya telah haus, rosak atau berubah dari bentuk asal.

Maka kesimpulannya kelebihan dan kekurangan antara salah satu shock absorber telahpun diketahui. Ianya bergantung kepada anda sendiri untuk membuat pemilihan, penilaian, yang tepat dan betul.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta