Sesi mengopi TANPA beli kopi #550 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Tuan Eddie.Saya ada persona VVT baru 2017.Kalau saya bercadang untuk jual,tahun ke berapa yang sesuai untuk mengelakkan kerugian? Sebabnya,kereta persona ni saya beli secara loan. Terima kasih. Btw,pinjaman saya selama 9 tahun. JAWAPAN: Jika diceritakan sebagai pelaburan, pembelian kereta memang sesuatu yang merugikan sejerus selepas kereta keluar dari kedai kereta. Jika tuan maksudkan, tidak perlu keluar modal untuk menjual kereta kelak, tuan boleh membuat kira-kira berikut. 1. Dapatkan informasi tentang jumlah hutang di bank pada masa jualan 2. Dapatkan informasi tentang harga jualan di pasaran. Jika harga pasaran lebih daripada harga pinjaman, maka tuan ada duit berlebihan. Jika harga pasaran kurang daripada harga pinjaman, maka tuan perlu tambah duit untuk jual kereta. Tiada formula untuk ketahui tahun ke berapa tuan tidak perlu tambah duit. Yang boleh dapat kepastian, selepas tuan habis bayar kesemua jumlah pinjaman, tuan akan ada duit berlebihan. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |