Sesi mengopi TANPA beli kopi #548 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Halo tuan nk tanya.,ok ke kereta honda city 1.5 E i-VTEC ni.? JAWAPAN: Honda City adalah kenderaan subkompak yang dibina oleh pengilang Jepun Honda sejak 1981. Pada tahun 2017, jumlah kumulatif jualan Honda City telah mencecah 3.6 juta unit di 60 negara. Generasi Honda City yang terbaru bermula pada tahun 2014 dan merupakan generasi ke-6 Honda City dihasilkan. Kereta segmen B ini sering bersaing dengan Toyota Vios dalam segmen yang paling ramai pembeli di pasaran Malaysia. Honda City terkenal dengan penjimatan kegunaan minyak kereta, harga paling rendah untuk teknologi kereta Jepun dan kelasakan kereta serta kos selengaraan yang berpatutan. Begitu terkenal kereta Honda City sehingga permintaan untuk kereta terpakai juga agak tinggi di kalangan pembeli terpakai. Susut nilai kereta Honda City rendah berbanding kereta yang lain. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |