Sesi mengopi TANPA beli kopi #545 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi tuan eddie, nak tanya normal ke untuk kereta baru ada bunyi mcm kreet bila lepaskan brake masa jem turun bukit atau jalan biasa? JAWAPAN: Terdapat dua jenis bunyi yang biasa terhasil iaitu bunyi bernada tinggi atau nyaring (squeal noise) dan bernada rendah (groan noise). Bunyi bernada tinggi berpunca daripada memperlahankan kenderaan, jarang-jarang menggunakan kenderaan dan permukaan cakera brek berkarat akibat cuaca lembab seperti hujan atau embun pagi. Bunyi bernada rendah berpunca daripada beberapa komponen sistem brek seperti longgar sehingga bergegar, kepanasan melampau akibat permukaan cakera atau pelapik brek kasar dan koefisien geseran (friction coefficient) menjadi tidak stabil. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat di seluruh dunia, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem brek mengeluarkan bunyi ketika menekan brek. Antaranya ialah: 1. Cakera brek (brake rotor disc) 54 peratus masalah kedengaran bunyi ketika membrek adalah berpunca daripada cakera brek. Cakera brek berfungsi memperlahan atau memberhentikan putaran roda pada kenderaan setelah diapit oleh pelapik brek. Permukaan cakera yang kurang rata atau tidak licin akan mengeluarkan bunyi apabila pelapik brek bertindak mengapitnya sewaktu menekan pedal brek. Selain itu, cakera brek yang berkarat akibat terdedah dengan air terlalu lama turut menghasilkan bunyi. Setiap pengeluar mempunyai formula material tersendiri iaitu logam untuk menghasilkan cakera brek yang bermutu. Namun, masalah bunyi juga boleh muncul sekiranya logam cakera tersebut terlalu keras. 2. Pelapik brek (Break Pad) 21 peratus masalah bunyi lagi datangnya daripada keadaan pelapik brek. Pelapik brek adalah sejenis komponen yang bertindak mengapit bagi menimbulkan geseran pada cakera brek agar roda kenderaan dapat diperlahankan. Biasanya, bunyi akan terhasil sekiranya menggunakan pelapik brek keras yang mengandungi bahan logam berlebihan atau campuran bahan daripada batuan yang keras (abrasive) juga menyebabkan bunyi biasanya terhasil apabila menekan brek. Selain itu, masalah cengkaman atau geselan yang kurang stabil (friction coefficient) seperti pelapik brek kurang berfungsi dengan baik ketika suhu tinggi atau rendah turut menjadi punca bunyi kedengaran. Malah, pelapik brek berkarat dan terdapatnya habuk antara permukaan pelapik brek dengan cakera brek juga menjadi salah satu sebab kedengaran bunyi ketika membrek. 3. Angkup (calliper) Manakala 18 peratus pula masalah bunyi tersebut berpunca daripada angkup. Angkup berfungsi menempatkan atau pemegang pelapik brek dan seterusnya menggerakkan pelapik brek menekan cakera brek ketika menekan pedal brek. Apabila angkup tidak diganti dengan yang baru melebihi 10 tahun, ia akan menyebabkan angkup tidak dapat berfungsi dengan baik lagi seperti jam atau longgar. Jadi, hal ini akan mewujudkan rasa gegaran ketika menekan brek dan terhasillah bunyi. Selain itu, angkup yang berkarat dan bergetar juga punca bunyi terhasil. 4. Suspensi brek, omboh, piston, nat, skru brek dan klip brek. Selebihnya tujuh peratus berpunca daripada masalah seperti karat atau longgar membabitkan pelbagai komponen yang terdapat pada sistem brek contohnya suspensi brek, omboh, piston, nat, skru brek dan sebagainya. Kebanyakan pelapik brek yang berada di pasaran dilengkapi dengan sejenis klip yang berfungsi memberi amaran bahawa pelapik brek perlu ditukar dengan segera. Kadar kehausan ketebalan pelapik brek yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh cakera brek dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan pelapik brek dan ia harus ditukar dengan segera. Oleh itu, sekiranya kedengaran bunyi kecil kerana pelapik brek baru bukanlah satu masalah besar. Ia hanyalah disebabkan permukaan cakera brek tidak rata. Selepas menggunakan kenderaan dalam tempoh tertentu, bunyi tersebut tidak akan kedengaran lagi. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |