Sesi mengopi TANPA beli kopi #544 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi mr edie..nk tya..sy berminat utk mencari model accord atau camry model 2012/2013.mne yg baek ea dr pndangan mr eddie. Berapa harga market? Interest rate car used? Tempoh maks boleh ikat? Dan bayaran bulanan? Tq mr eddie. JAWAPAN: Kereta Segmen D (Saiz Besar) - Kereta Keluarga Kategori kereta dalam Segmen D ini adalah yang paling selesa bagi sebuah keluarga sederhana besar. Pilihan juga banyak namun harga sering menjadi penghalang kerana di Malaysia ianya sudah dikategorikan sebagai kereta mewah tahap permulaan. Pilihan Enjin pula adalah di antara 2,000cc ~ 3,000cc Kereta Segmen D ini juga dikenali sebagai kereta Family Car Saloons. Kereta Saloon (Large-size) - Toyota Camry, Nissan Teana, Honda Accord, Volkwagen Passat, Mercedes Benz E-Class, BMW 5-Series, Peugeot 508, Hyundai Sonata, Proton Perdana) Toyota Camry dan Honda Accord adalah pilihan paling popular untuk segmen ini. Oleh itu, jika dibeli kereta Camry atau Accord adalah pilihan yang selamat. Perbandingan yang ringkas: Keselamatan, keselesaan dan Tahan Lasak = Toyota Camry Penampilan Sporty dan Handling = Honda Accord Harga kereta anggaran Toyota Camry 2.0 - RM 70k-80k Honda Accord 2.0 - RM 60k - 70k Bayaran bulanan (Bunga 5%) - RM 1000 x 9 tahun (Camry) - RM 820 x 9 tahun (Accord) Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |