Sesi mengopi TANPA beli kopi #539 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat sejahtera tuan. Saya mempunyai sebuah kereta BMW E90 tahun 2009. Kereta itu mempunyai banyak masalah. Hampir boleh dikatakan setiap bulan terpaksa repair. Masih ada 3 tahun lagi hutanh di bank. Saya nak tanya sekiranya saya masih mahu pakai kereta continental, adakah BMW atau Mercedes yang lebih baik dan apakah model yg tahan lasak tanpa banyak masalah kerosakan? Atau saya masih boleh maintain kereta ini? Terima kasih tuan. JAWAPAN: Inilah kisah BMW apabila dibeli kereta terpakai walaupun harganya nampak sangat menarik. Kebanyakkan kereta continental (Eropa) mempunyai maintenance yang tinggi. Selalunya kereta continental tidak begitu sesuai digunakan di Malaysia dan sering mengalami isu suhu kereta naik. Jika di bandingkan antara kereta BMW dan Mercedez, Mercedez lebih tahan lasak. Itu juga terpulang kepada nasib tuan samada dapat kereta yang bagus atau tidak jika membeli kereta terpakai. Kos selenggara Mercedez juga tidak murah. Nasihat saya untuk kereta BMW tuan ialah jual kereta tersebut kalau sudah memberi masalah hampir setiap bulan. Bukan sahaja tuan rugi wang selengara kereta tersebut, apa yang lebih penting ialah masa juga telah dibazirkan untuk membawa kereta setiap kali ke kedai foreman. Jika tuan ingin juga menggunakan kereta continental, bersiap sedia untuk kos selenggara lebih tinggi dan lebih rajin melawat abang foreman. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |