EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #534

7/8/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #534
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi boss eddie. Nak tnya antara new brand honda city 2018 dan vios facelift 2018 yg mana ok ye? Adakah harga kereta akan berubah pada bulan 9 nnt apabila sst dilancarkan? Patut ke saya beli kereta sekarang ?

JAWAPAN:

Design

Dari segi design, ada orang nampak City lebih cantik dan ekslusif, tapi ada juga yang nampak Vios lebih menarik dan elegan. Reka bentuk ini subjektif. Bergantung pada minat dan mata seseorang. 

Harga

Dari segi harga pula tak jauh beza antara City dan juga Vios. Jadi kalau nak pakai kereta sedan terbaikbawah RM100 ribu, kedua-dua model ini boleh dijadikan pilihan. 

Praktikal

Untuk rekaan dalaman, Vios lebih praktikal dan tersusun. Malah lebih terperinci berbanding City yang nampak agak kosong. Kedudukan air conditioner bahagian hadapan City pula sangat tak praktikal sebab kedudukannya agak jauh dengan pemandu dan penumpang. Dari segi keluasan kabin, City menang dalam perbandingan ini. Seakan akan ada kuasa luar biasa, walaupun City nampak biasa, namun keluasan kabinnya sangat luas dan lapang. Begitu juga dengan keluasan bonet belakang City yang agak luas untuk kereta sedan.

Keselamatan

Dari segi keselamatan, tak dapat dinafikan City jauh lebih baik. Toyota baru sahaja memasukkan Vehicle Stability Control ke dalam kereta yang mana ianya adalah standard pada semua model City.

Pemanduan dan prestasi

Vios lebih menyerap hentakan jalan yang lebih selesa apatah lagi bila melalui jalan yang tidak rata. Dari segi prestasi, enjin yang digunakan adalah berbeza di mana Vios menggunakan enjin Dual VVT-i manakala City menggunakan enjin I-Vtech. Namun, kedua-duanya mempunyai ECO system untuk pemanduan yang eco friendly.

Penjimatan

Kalau bercakap bab penjimatan, Vios lebih jimat dari segi minyak. City juga antara kereta yang jimat minyak namun tetap tidak dapat menandingi Vios. 

Kesimpulan

Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Untuk pemilik yang berkeluarga, City adalah pilihan terbaik sebab ianya lebih luas. Untuk pemilik bujang yang gemarkan gaya sporty, Vios TRD adalah pilihan terbaik. Ada orang minat sedan. Ada juga yang minat SUV, MPV dan juga hatchback. Pendek kata, tepuk dada tanya selera. Yang penting, pastikan anda boleh bayar tiap-tiap bulan tanpa sebarang penangguhan. 

Belum ada info samada harga kereta akan baik pada bulan 9. Sementara ini di jangkakan harga akan naik.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi



0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta