EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #532

7/8/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #532
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

selamat sejahtera tuan.

boleh tuan nyatakan pro dan con sekiranya saya berminat mendapatkan kereta terpakai berjenama nissan serena 2.0 S-Hybrid dan kos penyelenggaraannya?

terima kasih ya.

JAWAPAN:

C26 Serena S-Hybrid adalah 2 generasi lebih baru daripada model lamanya iaitu C24 Serena yang masih digunakan di pasaran Malaysia terutamanya di kalangan pemandu taxi. Pada tahun 2013, Serena dilancarkan sebagai model fully-imported dan ia mengambil peluang insentif yang diberi oleh kerajaan dengan pengurangan cukai kereta. Pada masa itu, kereta ini dijual kurang daripada 150k.

Nissan Serena S-Hybrid ini sesuai dijadikan pengangkutan utama seisi keluarga kerana ia memiliki ruang dalaman yang luas, malah berkapasiti lapan tempat duduk bersama 14 konfigurasi. Tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dilipat secara rata, dianjak ke bahagian tepi dan pelbagai lagi cara untuk mengoptimakan ruangnya.

Malah tempat perehat tangan di bahagian tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah boleh ditolak ke bahagian tempat duduk barisan kedua untuk dijadikan tempat duduk tambahan. Ia dikenali sebagai tempat duduk pintar.

Walau pun berkerangka agak besar, Serena S-Hybrid ini hanya dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder DOHC dengan Twin CVTC (Continuosly Variable-Valve Timing Control) yang mampu menghasilkan kuasa 147 PS pada 5,600 rpm dan tork 210 Nm pada 4,400 rpm.

Ditambah pula dengan sistem S-Hybrid dengan ECO Motor bersama generator yang menawarkan sumber kuasa yang cukup untuk membantu enjin dan proses penjanaan semula tenaga. Malah ia juga didatangkan dengan bateri kedua untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan bagi memberikan kuasa pada ECO Motor.

Mengenai sistem hibrid yang digunakan, ia menampilkan sistem Idling Stop yang mematikan enjin secara automatik apabila MPV ini berhenti dalam kesesakan lalu lintas atau pun lampu isyarat. Di mana enjin akan dihidupkan semula dalam tempoh 0.3 saat apabila pedal brek dilepaskan.

Mungkin ada sesetengah individu yang kurang gemar dengan sistem melahu(idling) ini. Tetapi tahukah anda, dengan adanya sistem ini, ia mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien. Malah Nissan turut mendakwa, Serena S-Hybrid berupaya mencapai penggunaan bahan api 15.2km per liter.

Cuma terdapat sedikit perkara yang mengganggu fokus pemanduan bila mana bunyi ngauman enjin kerap memasuki kabin terutamanya ketika ‘jantung’ MPV ini dikerah bagi bekerja lebih keras untuk mendapatkan kelajuan yang diingin.

Malah pengendaliannya juga terasa sedikit berat ketika hendak memotong kenderaan lain atau pun melalui jalan berbukit. Apatah lagi jika MPV ini dipenuhi dengan muatan penumpang serta kargo. 

Walau bagaimana pun, kemantapan dan kestabilan masih dirasai biar pun bentuk kerangka ini tinggi dan berpetak. Pemanduan di dalam kelajuan yang sederhana mungkin mencetus kemantapan dan kestabilannya.

Secara keseluruhannya, Serena S-Hybrid ini sangat sesuai untuk pengangkutan seisi keluarga. Prestasi dan pengendalian yang sederhana serta ruang dalaman yang begitu memuaskan termasuk fleksibiliti tempat duduknya, MPV ini boleh dipertimbangkan untuk dimiliki. 

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta