Sesi mengopi TANPA beli kopi #531 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat pagi tuan eddie. Nak bertanya lagi tentang mitsubishi airtrek. Mana yg lebih baik antara turbo dan non turbo? Dan maintenance cost mana lebih murah? Adakah kereta ini tahan lasak? Sesuai utk family car? JAWAPAN: INI mungkin pilihan kenderaan yang terletak di tengah persimpangan jalan bagi mereka yang mahukan sebuah kereta sport, pada masa yang sama mengekalkan fungsinya sebagai sebuah kenderaan keluarga atau kenderaan harian yang praktikal. Konsep kenderaan sebegini juga seringkali disalah temakan. Ramai yang menggelarnya dengan panggilan station wagon. Namun hakikatnya, Mitsubishi Airtrek ialah sebuah kenderaan crossover sport pelbagai guna (SUV). Mitsubishi Airtrek ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2001 di Jepun. Setahun kemudian, ia dibawa masuk oleh pihak USF Hicom yang merupakan pemegang hak edaran kereta Mitusbishi ketika itu. Model Aitrek pertama yang sporty itu disusuli dengan kemasukan model Airtrek turbo. Pada harga sekitar RM170,000 ketika diperkenalkan, SUV ini mendapat sambutan yang menggalakkan, apatah lagi ketiadaan francais import model legenda rali seperti Evo 7 yang diminati ramai. Hakikatnya, Airtrek merupakan versi SUV kepada Evo yang mana hampir kebanyakan komponennya berkongsi dengan model ini. Enjin 4G63T yang dipasangkan pada SUV ini merupakan unit yang sama tetapi telah ditala semula untuk menyesuaikan kuasanya dengan Airtrek. Ia memiliki 240ps dalam keadaan asal dengan 343 paun kaki tork. Cukup untuk meletakkan SUV ini terpantas dalam kategorinya yang hanya dipasangkan dengan enjin 2 liter. Berbanding pesaing croossover SUV dalam kelasnya, Airtrek memiliki kelebihan titik graviti yang rendah menjadikannya sangat stabil walau dipandu laju. Satu-satunya saingan rakan senegaranya dalam kategori ini ialah Subaru Forester XLT yang menggunakan enjin yang sama dengan unit daripada Impreza WRX. Sehingga kini, Airtrek telah digantikan dengan model Mitsubishi Outlander. Ia adalah model berasaskan kerangka yang serupa, cuma penjana enjinnya tidak lagi daripada siri Evoluton. Tidak banyak kenderaan dalam kelasnya jika anda ingin membuat perbandingan satu lawan satu, kerana konsep SUV kompak seperti Airtrek ini adalah model yang dilihat kesinambungan wagon sports berbanding SUV. Dalam sektor automotif lazimnya, ia akan dilihat dalam persaingan kelas bukan SUV. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli sebuah SUV seperti Grand Vitara, Hyundai Tucson atau Kia Sportage, Airtrek biasanya tidak termasuk dalam senarai. Sebaliknya SUV ini diletakkan dengan saingan Subaru Forester, Legacy, ataupun rangkaian kereta sport seperti Lancer Evo, Impreza WRX, Accord Euro R atau Civic Type R. Realitinya, bakal pembeli Airtrek adalah kalangan mereka yang mengutamakan kuasa, di samping transmisi automatiknya yang praktikal. Melainkan anda berkenan untuk membeli Evo 7 GTA (automatik), maka Airtrek tetap mempunyai kelebihan dari segi saiz ruang bagasinya yang luas. Meskipun sifatnya lebih kepada prestasi, namun keselesaannya sebagai kenderaan penumpang kelas pertengahan tidak diabaikan. Ia tidak dipasangkan dengan suspensi sport buatan Ohlins seperti MR, sebaliknya pihak Mitsbishi Motor mengekalkan tahap keselesaan dengan talaan suspensi kilang yang memiliki kesinambungan prestasi dan praktikal. Ruang bagasinya juga cukup luas dengan fungsi tempat duduk belakang boleh lipat. Ciri tambahan lain yang boleh dianggap bonus untuk model ini ialah sepasang bumbung suria. Masing-masing untuk bahagian pemandu, penumpang hadapan dan satu untuk penumpang belakang. Kebanyakan model ini dimiliki oleh pengguna persendirian, maka menjadikannya sebagai kereta kegunaan syarikat adalah sesuatu yang jarang berlaku. Jika anda bercadang untuk mendapatkannya di pasaran hari ini, lakukan pemeriksaan rutin dengan memastikan peralatan asasnya berada dalam keadaan baik. Pastikan tidak ada kesan kemalangan besar, kotak gear yang berfungsi dengan baik dan juga bahagian dalaman yang terjaga. Pilih turbo jika ingin kereta lebih berkuasa. Sememangnya, tanpa turbo kurang 1 isu untuk ditangani. Kereta ini tahan lasak. Selebihnya, pilihan anda untuk membuat keputusan. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |