Sesi mengopi TANPA beli kopi #529 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello bos eddie.. 😊 😊 Saya nak tanya.. ok ke kalau saya asyik tukar servis minyak pelincir kereta. Cthny bulan ni saya guna minyak pelincir jenama A. Dan next servis minyak pelincir jenama B pulak.. Mohon boss eddie komen.. Tq Maksud saya jenama minyak pelincir yg digunakan.. JAWAPAN: Kini terdapat pelbagai minyak pelincir yang ditawarkan dipasaran yang direka untuk kegunaan yang berbeza-beza. Untuk memastikan anda memilih minyak pelincir yang terbaik untuk kereta, anda mesti memahami beberapa aspek khusus minyak pelincir antaranya ialah aditif ataupun bahan tambahan yang terkandung dalam minyak pelincir (additives), tahap kelikatan (viscosity) dan kod-kod klasifikasi. Secara ringkas untuk membantu anda memahami istilah berikut: Additives: Membantu menyejukkan enjin anda, mambersih dan memastikannya bebas dari kakisan. Para pengeluar menambah pelbagai jenis additives ataupun bahan tambahan yang menyumbang kepada 25 peratus kos minyak pelincir tersebut. Tahap kelikatan: Minyak pelincir diklasifikasikan berdasarkan kelikatan, yakni kemampuan minyak tersebut mengalir di bahagian dalam enjin anda. Terdapat dua jenis minyak pelincir di pasaran iaitu kelikatan tunggal (single-viscosity) kelikatan pelbagai (multi-viscosity). Semakin kecil angka kelikatan, semakin nipis sesuatu minyak dan semakin mudah ia mengalir. Contohnya bagi minyak pelincir 10W-40, dua nombor itu bermaksud minyak ini adalah dari jenis kelikatan pelbagai. 10W adalah no indeks yang menunjukkan bagaimana minyak ini mengalir dalam suhu sejuk (W merujuk kepada winter atau musim dingin). 40 pula merujuk kepada bagaimana minyak ini mengalir dalam keadaan suhu panas. Untuk memastikan tahap kelikatan yang paling sesuai untuk kereta anda, pastikan anda merujuk kepada buku manual pengguna kereta anda. Rujuk kepada carta kelikatan minyak pelincir. Kod klasifikasi minyak pelincir: Simbol dengan lambang bintang pada tong minyak pelincir bermaksud minyak tersebut telah memenuhi standard perlindungan enjin semasa dan tahap ekonomi yang diperlukan untuk kelulusan International Lubricant Standardization and Approval Committee (ILSAC), satu usahasama bersepadu antara pengeluar kenderaan A.S dan Jepun. Minyak pelincir sintetik: Ramai yang mendakwa minyak pelincir sintetik memanjangkan lagi tempoh penukaran minyak pelincir, mengurangkan geseran dan mampu beroperasi dengan lebih baik pada suhu tinggi. Berdasarkan kajian yang dijalankan membuktikan dakwaan tersebut adalah benar terbukti minyak ini dengan lebih cekap berbanding minyak pelincir mineral biasa. Asalkan tuan memenuhi spesikasi yang diperlukan dalam manual kereta untuk minyak pelincir, tiada masalah dalam menukar ke jenama lain. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |