EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #526

7/7/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #526
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Mr Eddie.

Saya ada subuah kereta saga lama. Sudah hampir 4 thn tidak renew roadtax sebab tidak digunakan. Sekarang saya nak guna semula/betulkan/cat dll. Ada masalah ke untuk renew roadtax dan insuran semula? Tq dan selamat hari raya.

JAWAPAN:

Apabila cukai jalan kenderaan anda telah tamat tempoh melebihi satu tahun, walaupun hanya lebih 1 hari dari tempoh tersebut, anda perlu membawa kenderaan anda ke Puspakom untuk pemeriksaan semula. 

Apakah Bentuk Pemeriksaan Semula Yang Dilakukan Oleh Puspakom?

Pemeriksaan yang dijalankan ialah Pemeriksaan Khas Lesen Kenderaan Tamat Lebih Satu Tahun. Dokumen yang diperlukan hanyalah Kad Pendaftaran Kenderaan (geran) sahaja.
Setelah lulus pemeriksaan, satu keputusan yang dipanggil B2 akan dikeluarkan. Anda hanya perlu membawa geran kenderaan, keputusan B2 dan Insuran kenderaan ke JPJ atau wakil Myeg berhampiran untuk memperbaharui cukai jalan/roadtax kenderaan anda.

Untuk Langkah Keselamatan Sebelum Membawa Kenderaan Anda Ke Puspakom, Anda Perlu :-

Bawa geran kenderaan anda ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan, dan mohon 'One Day Permit' (ODP) / 'Permit Satu Hari' - Permit ini hanya membenarkan anda membawa kenderaan anda dari rumah atau alamat yang disertakan ke Puspakom yang ingin anda pergi.
Keperluan mendapatkan permit ini adalah untuk mengelakkan anda dari dikenakan saman apabila bertembung dengan pihak polis atau JPJ. Permit ini hanya dikeluarkan untuk kenderaan yang roadtaxnya telah mati lebih dari setahun.

*NOTA : Sebelum membawa kenderaan anda ke Puspakom untuk pemeriksaan, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang memuaskan. Pemeriksaan secara menyeluruh akan dilakukan ke atas kenderaan anda oleh pihak Puspakom. Semua spesifikasi asal kenderaan perlu dikekalkan. Anda juga boleh memilih untuk mengambil Insuran Perlindungan Kenderaan terlebih dahulu atau membawa kenderaan anda terus ke Puspakom untuk pemeriksaan. 

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta