Sesi mengopi TANPA beli kopi #519 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Antara preve dan inspira mana lagi ok boss JAWAPAN: .Bab suspension, Proton Inspira lebih keras (Samada baik atau tidak terpulang kepada individu) oleh kerana ia dibawa bersama dari sporty setting di kereta Mitsubishi Lancer. Bab kuasa dan keselesaan pemanduan, lebih kurang sama. Preve mungkin kurang pick up tetapi setelah mencapai 2k rpm, ia bertambah baik. Kelengkapan Proton Inspira lebih bagus daripada Preve. Preve ada sedikit gegaran yang boleh dirasai di dalam kereta. Bab ruang dalaman kereta, Preve lebih besar daripada Proton Inspira, terutama bahagian tempat duduk belakang dan boot belakang. Proton Inspira adalah kenderaan yang sudah terbukti di pasaran kerana ia sebenarnya ialah kenderaan Mitsubishi Lancer yang ditukar lencananya. Lagipun, harga baru masa dahulu lebih mahal RM 13k daripada Proton Preve. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |