EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #519

7/7/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #519
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi mr eddie. Sekarang saya dan suami ada apply loan untuk beli used car dan weekend baru ni dapat sms dr bank mengata loan saya sudah diluluskan dan dokumentasi akan siap dlm masa 2 hari. 

saya ada inform pada salesman used car yang loan saya lulus dan dia meminta saya untuk membayar sedikit duit downpayment dengan alasan untuk meyakinkan bossnya supaya tidak menjual kereta tersebut kepada buyer lain.

dia memberitahu ada salesman lain dr syarikatnya menerima booking dr buyer lain untuk kereta yg sama. jadi dia mengatakan wang downpayment yg sy byr untuk myakinkan bossnya yg sy akan amik kereta tsebut.

sy memberitau saleman sy, saya menunggu bank call sy utk sign agreement tp sy xdpt berbuat od mnggu ini kerana sudah mau pulang balik kmpng mnymbut hati raya pd hari ini.

sy akan sign dan uruskan smua pd mnggu hadapan selepas pulabg dr kampung bhari raya. 

setahu saya prosedur pmbayaran dwnpayment adalah selepas loan di sign. tp saleman sy tetao.mendesak dgn alasan seperti di atas.

Mr eddie, apa perlu sy lakukan? minta pandangan. sy tidak mahu mengambil sbrg risiko, dan sy dan hsbnd mmg serius buyer hanya disebabkan cuti raya kami tangguhkan dahulu sign agreement...lgpun bank belum lg call untuk sign agreement tersebut.

JAWAPAN:

Ia prosedur biasa pembelian segala barang atau servis untuk membayar duit penempahan, lagi-lagi untuk barangan yang terhad seperti sebuah kereta terpakai yang cikpuan minati. Walaupun ada kereta lain yang serupa di kedai lain, namun cikpuan tidak tahu kondisi kereta tersebut.

Juga terpulang kepada jumlah duit penempahan yang dipinta, jika tidak banyak boleh diberi. Sebagai contoh, syarikat kami hanya minta RM100 untuk duit penempahan kereta dan akan dipulangkan jika pinjaman gagal diluluskan.

Kedua, kedai kereta ini harus boleh dipercayai. Carilah kedai yang serdehana besar (mungkin mempunyai stok 30 - 50 kereta dalam kedainya). Cikpuan juga boleh ketahui status kedai ini dengan meminta nombor keahlian dengan Persatuan Perjualan Kereta-kereta terpakai selangor & KL.

Cikpuan juga boleh menefon pihak bank untuk memastikan samada pinjaman kereta memang benar telah diluluskan. Info yang diberi cikpuan ialah sms telah diberi maka perlukan kepastian daripada mulut pihak bank sendiri.

Memang tidak keterlaluan untuk pihak kedai untuk meminta sedikit wang pendahuluan kerana dari pengalaman kami juga ada pelanggan yang membatalkan pembelian walaupun setelah pinjaman telah diluluskan.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta