Sesi mengopi TANPA beli kopi #517 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Alza vs ertiga mna lebih berbaloi ye bos JAWAPAN: Alza VS Ertiga Berikut adalah perbandingan bagi Proton Ertiga vs Perodua Alza yang membandingkan spesifikasi (spec) enjin, sistem, saiz, prestasi, keselamatan, eksesori, keselesaan, rekabentuk keseluruhan, kelebihan serta kekurangan. 1. Spesifikasi Enjin, Sistem, Saiz & Prestasi Perbezaan ketara di mana Perodua Alza menggunakan enjin berkapasiti sedikit besar dari Proton Ertiga lalu menghasilkan power & torque yang lebih. Ini memberikan kelebihan buat Perodua Alza sebagai sebuah MPV. Kelebihan enjin Proton Ertiga pula adalah dari sudut pengunaan minyak yang sangat baik (mencapai status penarafan EEV) Begitu juga dengan saiz luaran, Proton Ertiga ternyata lebih besar dan berat berbanding Perodua Alza walaupun jarak antara rodanya sedikit pendek. Sudah pasti kelebihan Proton Ertiga akan dibayangi oleh kuasa enjinnya yang rendah berbanding Perodua Alza terutama dari sudut kuasa pecutan dan pendakian apabila ianya di isi penuh dengan penumpang dan barangan. Namun hanya dengan memandu uji sahaja dapat menilai akan kuasa sebenar Proton Ertiga ini. Kelihatan seperti situasi yang terbalik dari model-model sebelum ini antara Proton dan Perodua! 2. Spesifikasi Keselamatan Tiada yang mengujakan bagi kedua-duanya dari sudut spesifikasi keselamatan ini. Hanya meletakkan keperluan asas untuk menjadikan ianya sedikit selamat. Persaingan yang setara namun sedikit pelik apabila Proton tidak mengambil peluang untuk menambah spesifikasi keselamatan yang lebih pada MPV Ertiga kerana Proton kini sudah mula diyakini dari aspek keselamatan, maka sewajarkan dijadikan penanda aras pada semua model-model baru keluarannya. 3. Spesifikasi Aksesori dan Keselesaan Aksesori yang ditawarkan pula adalah amat baik bagi kedua-duanya. Tiada perbezaan yang besar mahupun terlalu hebat. Semua yang diperlukan untuk sebuah MPV yang lengkap disediakan. Cuma Proton Ertiga lebih advance sedikit kerana menggunakan keyless entry. Namun perbandingan dari sudut keselesaan, perbezaannya amat jelas. Kelebihan Ertiga pada saiz yang sedikit besar telah memberikan lebih ruang berbanding Alza. Berikutan itu ia dapat memberikan tempat duduk barisan ketiga yang jauh lebih selesa walaupun untuk orang dewasa berbanding Perodua Alza yang lebih sesuai buat kanak-kanak. Selain itu, corong penyaman udara untuk penumpang belakang adalah kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh Perodua Alza dan ianya amat diperlukan bagi cuaca seperti di Malaysia. Walaupun saiznya sedikit kecil tetapi ruang but bagasi Perodua Alza besar sedikit berbanding Proton Ertiga. Kedua-duanya juga menggunakan kerusi yang boleh di lipat (barisan kedua dan ketiga) untuk meluaskan lagi ruang bagasi sekiranya perlu. 4. Rekabentuk Luaran dan Dalaman Dari sudut rekabentuk luaran, kedua-duanya menggunakan rekaan yang hampir serupa. Cuma rekaan lampu (hadapan dan belakang) serta grill hadapan mengubah bentuk yang menonjolkan identiti yang berbeza. Terlalu subjektif namun mengikut pandangan peribadi, rekaan lampu hadapan dan belakang Perodua Alza tampak lebih menarik, terkini dan moden berbanding Proton Ertiga yang agak besar dan konvensional. Bahagian dalaman pula, rekaan dashbord begitu ketara sekali perbezaannya. Kedua-duanya memberikan rekaan yang kemas dan moden namun Perodua Alza menawarkan suatu kelainan yang menjadikan ia sangat unik iaitu panel meter ditengah, kerusi hadapan bercantum serta kedudukan gear di dashboard. Kedua-dua rekabentuk luaran dan dalaman MPV ini secara keseluruhannya kemas dan sesuai bagi sebuah MPV Kompak. Ianya mampu memenuhi citarasa semua golongan dan juga peringkat usia. Setelah melihat perbandingan ini boleh disimpulkan bahawa kedua-dua MPV kompak ini begitu rapat sekali persaingannya. Perodua Alza walaupun sedikit kecil serta tewas dari sudut keselesaan namun memberikan lebih kuasa enjin dengan rekaan yang moden dan menarik luar serta dalaman. Proton Ertiga pula amat selesa dan menawarkan ciri-ciri terkini serta menjimatkan (Status EEV) namun kekurangan kuasa enjin yang digunakan menyebabkan ia gagal untuk memenangi persaingan ini secara total. Perodua Alza yang sudah berada di pasaran sejak tahun 2009 masih menguasai pasaran MPV tempatan namun dengan kehadiran Proton Ertiga ini pasti akan menggangu gugat jualannya. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |