Sesi mengopi TANPA beli kopi #513 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello boss ... Nak bertanya timing chain lebih bagus Dari belt ke ?? JAWAPAN: Timing belt Timing belt biasanya diperbuat daripada getah yang mampu bertahan pada kadar ketegangan yang tinggi. Jangkahayat getah akan berkurang dalam suhu yang tinggi dan apabila terkena minyak enjin. Maka jangkahayat timing belt dikurangkan oleh enjin yang panas lebih - lebih lagi apabila berlaku kebocoran minyak enjin. Air juga menjadi salah satu sebab utama mengurangkan jangkahayat timing belt. Jadi langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan air masuk ke dalam penutup timing belt. Ciri - ciri Timing Belt Biasanya lebih senyap daripada timing chain. Timing belt yang lebih ringan hanya memerlukan sokongan yang biasa berbanding timing chain. Timing belt tidak memerlukan tapak penyenyap seperti timing chain. Enjin boleh ke RPM yang tinggi tanpa perlu bimbang tentang momentum rantai yang berlebihan. Mesti ditukar setiap 70 000 - 100 000 km bersama dengan tensioner dan pam air (sekiranya dipandu oleh timing belt. Tidak memerlukan pelinciran seperti timing chain. Timing belt akan meregang sedikit tetapi tidaklah sehingga menyebabkan timing drift. Timing belt mengurangkan kehilangan tenaga akibat geseran tali sawat kerana mempunyai lebih kawasan sentuhan. Mengurangkan kehilangan tenaga akibat getaran (pada dasarnya tali sawat dilengkapi dengan penyerap getaran). Kerosakkan timing belt tidak mengganggu sistem pacuan dan menyebabkan sedikit kerosakan dan bahaya berbanding timing chain. Penggantian timing belt lebih mudah dan senang berbanding timing chain. Hanya sedikit tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan tali sawat yang ringan berbanding rantai yang lebih berat sekaligus mengurangkan penggunaan petrol. Timing Chain Timing chain berfungsi sama seperti timing belt. Tetapi timing chain merupakan rantai yang berbentuk seperti rantai basikal. Ciri - ciri Timing Chain. Timing chain memerlukan tensioner dan apabila digunakan bersama enjin SOHC*/DOHC** memerlukan tapak penyenyap, tetapi kebanyakkannya menggabungkan kedua - duanya sekali. Jadi dua tensioner/tapak penyenyap digunakan. Timing chain tidak perlu ditukar seperti timing belt (sesetengahnya boleh digunakan sehingga 400 000 km), ia hanya perlu diselaraskan apabila kehilangan kuasa atau terdapat bunyi bising keluar daripada enjin (sesetengah pengeluar mengesyorkan pemeriksaan setiap 100 000 km). Rantai biasanya lebih berat dan memerlukan struktur sokongan yang lebih kuat. Dalam sesetengah kes, rantai menegang apabila sampai satu ketika dan menjadikan tensioner cepat berbulu. Bunyi enjin juga akan jadi tidak menentu. Timing chain biasanya boleh dipercayai dan hanya memerlukan pemeriksaan yang kerap. Kebanyakkan ECU moden berkebolehan mencari masalah timing chain yang meningkatkan kebolehpercayaan terhadap keseluruhan sistem. Timing chain biasanya diletakkan di dalam penutup enjin dan sentiasa dilincirkan. Timing chain tidak merengang tetapi akan haus pada satu ketika. Jadi berdasarkan maklumat diatas. Fikirkanlah sendiri yang mana lebih bagus. Timing belt yang perlu ditukar setiap 70 000 - 100 000 km tetapi menjimatkan tenaga. Ataupun timing chain yang hanya memerlukan pemeriksaan dan hanya perlu ditukar apabila bunyi bising keluar daripada enjin. Anda tentukan. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |