Sesi mengopi TANPA beli kopi #512 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Mr. Eddie... Saya berminat dgn Nissan Teana J32 (2.5 V6) second hand. Saya ingin tahu berbaloikah utk memiliki model ini? Bagaimana pula dgn maintenence dan masalah dgn model ini. JAWAPAN: J31 series Nissan Teana pertama dikenalkan pada Februari 2003 kepada pasaran Jepun sebagai kereta sedan. Ia menggantikan kereta Nissan Bluebird dan Nissan Cefiro di Jepun, di mana kereta ini di posisi sebagai kereta mewah satu tahap di bawah kereta Nissan Skyline. Model J32 adalah generasi kedua kereta Nissan Teana yang mula dijual pada tahun 2008 hingga 2013. Saya menggunakan Nissan Teana J32 model 2.5 V6 juga. Sudah digunakan selama 2 tahun. Sementara ini, belum ada isu ketara tentang kereta ini. Model ini tidak sepopular persanggitnya Honda Accord atau Toyota Camry. Kos selengara seperti biasa, minyak minyak, spark plug dan minyak gear sahaja. Sebenarnya agak berbaloi membeli kereta ini. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |