Sesi mengopi TANPA beli kopi #510 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: En. Eddie saya nak Tanya pasal Toyota unser modal LGX. Buat masa parts modal INI ada tak dalam pasaran. Dan kos maintenance macam mana? JAWAPAN: Inilah strategi bagaimana kereta Jepun menguasai pasaran di Asia Tenggara. Bukan sahaja kereta Toyota sangat tahan lasak walaupun digunakan bertahun-tahun, kos alat gantinya dijual agak murah berbanding jenama kereta lain. Di samping itu juga, banyak alat ganti terpakai yang dibawa masuk daripada Jepun. Kereta di Jepun selalunya di lupuskan setelah 6 tahun kerana nilai kereta rendah dan kos selengara di negara Jepun sangat tinggi. Maka banyak kereta terpakai Jepun di lupuskan dan diekpot ke merata dunia sebagai alat ganti. Kos alat ganti merupakan salah satu faktor utama yang membuat susut nilai sebuah kereta baru tinggi atau rendah dan juga menjadi faktor populari jenama kereta baru tersebut di pasaran. Toyota Unser LGX masih banyak alat ganti di pasaran, baru ataupun terpakai. Kos selenggara juga tidak mahal. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |