Sesi mengopi TANPA beli kopi #509 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hye boss..apa pandangan boss tentang bmw 320I?dari segi maintenance dan performance kereta?adakah berbalaoi untuk sy memiliki nye? JAWAPAN: BMW 3 siri adalah kereta kompak executive yang dibina oleh syarikat kereta BMW sejak tahun 1975. Sudah ada 6 generasi sejak permulaan kereta ini. Generasi terbaru iaitu ke enam telah dibina sejak tahun 2011 hingga sekarang. BMW 320 adalah kereta 'entry level' jenama BMW. Bermakna kereta paling murah dalam keluarga kereta BMW. Jika dibeli baru, kereta ini memang berprestasi bagus kerana ada warantinya. BMW memang terkenal dengan prestasi enjinnya. Akan tetapi jika dibeli kereta terpakai, bersiap sedia dengan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kos alat ganti yang lebih mahal. Berbaloi atai tidak terpulang samada tuan membeli yang baru atau terpakai dan samada tuan mampu menampung kos selenggaranya pada masa akan datang. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |