Sesi mengopi TANPA beli kopi #507 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Tuan Eddie, saya mempunyai sebuah kereta yg sudah lama tidak digunakan (boleh dianggap sebagai scrap juga lah), bagaimanakah cara atau prosedur yg perlu saya tahu sekiranya ada pembeli yg ingin membelinya sebagai besi buruk? perlukah menyerahkan geran asal kepadanya dan menukar nama. Terima kasih tuan... JAWAPAN: Cara untuk melupuskan kereta di JPJ 1) Pergi ke pejabat JPJ terdekat anda 2) Minta borang untuk melupuskan kereta 3) Selepas diisi borang, tuan akan ditemuduga untuk maklumat kenapa kereta hendak dilupuskan 4) Pihak JPJ akan mengambil geran asal dan menghantar surat rasmi sebulan kemudian. Dokumen yang perlu dibawa ke JPJ 1) Ic photostat 2) Geran original Tuan boleh buat prosedur ini jika ingin kepastian yang hak milik kereta ini sudah dilupuskan oleh pihak JPJ. Selalunya pihak kedai besi buruk akan bantu membuat prosedur ini. Hanya khuatir mereka tidak laksanakan sahaja. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |