Sesi mengopi TANPA beli kopi #504 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Thank you tuan Eddie kerana sudi jawab soalan saya terdahulu. boleh saya tanya soalan. saya berminat nak beli gen2 secondhand. saya ingin tanya benarkah gen2 sering berlaku masalah enjin dan kos baik pulih enjin gen2 lebih mahal berbanding proton lain? JAWAPAN: Proton GEN•2 adalah kereta kompak 5 pintu yang dibina oleh syarikat kenderaan Malaysia dan dilancarkan pada tahun 2004. Pada mulanya ia digelar Wira Replacement Model (WRM). GEN•2 menggunakan platfom yang kebanyakkannya dibina oleh Proton and rakan teknikal syarikat Lotus. Platfom ini kemudian digunakan di kereta Proton Satria Neo dan Proton Persona. GEN•2 direka oleh pegawai bahagian Proton Australia iaitu Damian Chia. Beliau mendapat inspirasi dari Wau Bulan serta pemegang pedang Melayu iaitu Kris (bagi grill bahagian depan). Tuan Chia juga memberikan lampu yang merupai mata harimau untuk penampilan lebih garang. Dari pengalaman kami, tiada banyak isu dengan Proton Gen2. Sebelum ini kami juga pernah menjual banyak kereta Proton Gen2 dan belum mengalami masalah besar dengan enjinnya. Kos alat ganti dan penyelengaraan juga tidak mahal. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
2 Comments
12/31/2022 06:57:43 am
terima kasih atas perkongsian. boleh ke saya tahu, apa kelebihan untuk timing chain dan timing belt? saya percaya dua2 ada kelebihanya. harap dapat memberi pencerahan. terima kasih.
Reply
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |