Sesi mengopi TANPA beli kopi #491 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi mr eddie,antara kereta proton preve 2012 dan kereta honda city 2008,yang mana lagi berbaloi beli,boleh huraikan pada saya dari segi minyak dan maintenance kedua2 kereta ini... JAWAPAN: Pilihan yang tidak begitu mudah. Kedua-dua kereta ini dijual BARU pada harga yang lebih kurang sama iaitu RM70k+. Boleh terus diperhati susut nilai untuk Honda City lebih bagus daripada Proton Preve. Harga Proton Preve 2012 dan Honda City tahun 2008 hampir serupa. Bandingan ringkas Honda City - Tahan lasak - Jimat minyak - Kos penyengelaraan rendah - Susut nilai rendah - Isu gearbox untuk kereta Honda City lama Proton Preve - teknologi lebih baru - desain kereta lebih baru - kereta lebih selesa Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |