Sesi mengopi TANPA beli kopi #485 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Antara honda stream 1.8, toyota wish dan honda oddysey, yang mana lebih berbaloi utk dibeli dari segi maintainance, fc dan reliabilty? Bajet bawah rm50k, akan dpt dalam tahun 2006-2008. Yg mana lebih value for money. Sebab kebanyakkan dh 10 tahun. JAWAPAN: Perbandingan dalam segmen yang sama ialah Toyota Wish dan Honda Stream. Honda Oddsey sebenarnya dalam segmen di atas daripada kedua-dua tersebut. Oddsey lebih wajar dibandingkan dengan Toyota Estima. Oleh itu, jika hendak dibandingkan antara ketiga-tiga model, Honda Oddsey mempunyai lebih banyak ciri-ciri dan mempunyai enjin yang lebih berkuasa iaitu cc 2.3 daripada cc 1.8 Honda Stream dan Toyota Wish. Honda Oddssey juga lebih besar dan luas daripada kedua-dua kereta itu. Kereta MPV segmen yang lebih mewah seperti Oddssey ini bermakna kos maintenance akan lebih tinggi, kereta akan lebih menggunakan minyak memandangkan cc lebih tinggi dan kereta lebih berat. Dari segi tahan lasak, ketiga-tiga kereta memang tahan lasak. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |