Sesi mengopi TANPA beli kopi #481 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hye Mr eddi. Nak tanya, Saya nak beli kereta. Second used car antara kia forte (2013) dengan nissam almera (2013), which one yg en eddie prefer? Dari segi handling, minyak, maintenance. JAWAPAN: Perbandingan pada segmen berlainan cik. Kia Forte adalah di dalam segment di atas Nissan Almera. Maka ciri-ciri Kia Forte sebenarnya lebih banyak daripada Nissan Almera. Cik boleh lihat ciri-cirinya di bawah. Senang dikelirukan kerana harga untuk tahun 2013 bagi kedua-dua kereta lebih kurang sama. Daripada sini kita boleh lihati bahawa, susut nilai kereta Nissan kurang daripada kereta Kia. Selain itu, kos penyengelaraan kereta Nissan juga lebih murah daripada kereta Kia. Dari segi minyak, Nissan Almera lebih jimat. Handling dan persembahan enjin kereta, Kia Forte lebih baik. Keselesaan memang Kia Forte kerana lebih banyak ciri-cirinya. Susut Nilai kurang - Almera Kos penyengelaraan - Almera Handling + persembahan enjin - Forte Keselesaan - Forte Kia Forte 1.6sx Harga baru RM85800 otr -C segment -1.6L engine -6 speeds with paddle shift -4 disc brakes -2 airbags -double din HU with GPS -reverse camera -auto dim rear view mirror -push start/stop button -with ESC -auto climate air con -big boot Nissan Almera E Harga baru RM69xxx otr -B segment -1.5L engine -4 speeds auto -2 disc brakes (front), 2 drum brakes (rear) -2 airbags -big boot Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |