Sesi mengopi TANPA beli kopi #471 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat pagi tuan, Sy ingin bertanya tentang kereta recon jenama wish..adakah kereta jenis ini mempunyai masalah yg besar memandangkan kedai jual kereta tidak mahu memberi jaminan lebih dr 1 tahun..kebanyakan 3 bulan hingga 6 bulan terutama recon unreg fully import japan.terima kasih.. JAWAPAN: Toyota Wish adalah MPV jenis kompak yang dibina oleh Toyota dari tahun 2003 hingga ke 2017. Spek kereta ini adalah dalam cc 1.8 ataupun 2.0. Pada tahun 2004, Toyota Wish adalah MPV paling popular di Jepun. Di pasaran Malaysia, Toyota Wish bersaing dengan Honda Stream dalam kategori MPV kompak. Wish adalah kegemaran rakyat Malaysia. Tidak memberi banyak isu dan pada masa yang sama memberi prestasi pemanduan yang mantap. Kos penyelengaraan juga tidak mahal. Selalunya runggutan kereta Toyota Wish ialah kepanasan di tempat duduk baris ketiga kerana tiada hawa dingin di sana. Harus diketahui dalam kenderaan yang diimpot ialah, kadang-kadang alat ganti yang digunakan tidak sama dengan yang dibekal di pasaran tempatan. Maka, alat ganti tersebut perlu diimpot dari Jepun. Kalau alat ganti tersebut perlu diimpot, kosnya akan melambung tinggi. Pernah saya order alat ganti Toyota Corolla dari Jepun kerana kereta model impot, kos mounting enjin (kalau kereta yang dijual di tempatan) dari RM500 menjadi RM2000. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |