Sesi mengopi TANPA beli kopi #468 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat pagi mr eddie.saya nak tya apa masalah honda stream rn6 yer?value rendah.comfius gak? Cadang nk ambik stream 1.8 JAWAPAN: Penampakan luaran Honda Stream adalah campuran antara kompak MPV dan SUV. Ketinggiannya yang kurang daripada 1.6m membuat kereta ini sukar dimasukkan dalam kategori tertentu. Cara handling kereta ini lebih serupa kepada kereta sedan kecil daripada kereta MPV kompak lain. Kelajuan tertinggi Honda Stream ialah 203 km/jam. Honda Stream rn6 adalah generasi ke 2 dilancarkan pada November 2007, dikuasai enjin 1.8 liter menghasilkan 6300rpm dan tork 174Nm. Ia dilengkapi 5 gear automatik, gear 4 dan 5 merupakan overdrive yang berfungsi memberikan penggunaan minyak lebih jimat dalam perjalanan lebuhraya. Sering dibandingkan dengan Toyota Wish. Ia adalah antara kereta MPV kegemaran rakyat Malaysia. Tiada banyak isu dengan kereta Honda Stream. Kos spare partnya adalah lebih tinggi berbanding dengan Toyota Wish. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |