EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #467

7/4/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #467
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Salam Sejahtera Tuan Eddie,

Terima kasih atas jawapan terdahulu dan saya sudah memiliki Toyota Wish (2011). Memandangkan ini adalah pertama kali saya mengendalikan kenderaan yang dilengkapi transmisi CVT, adakah cara penyelenggaraanya berbeza dengan kotak gear automatik?

Kedua, adakah transmisi CVT lebih "manja" dan prestasinya lebih rendah berbanding kotak gear automatik. Ini cerita yang saya sering dengar dari orang lain.

Terima kasih.

JAWAPAN:

TIPS PENJAGAAN TRANSMISI CVT 

Memandu sebuah kenderaan dengan transmisi CVT adalah berbeza berbanding transmisi automatik biasa. Oleh kerana ia tiada gear, penukaran kelajuan amat lancar dan menjimatkan minyak berbanding transmisi tradisional. 

Berikut adalah tips penjagaan transmisi CVT 

1. Ketika mula bergerak

- Ketika memulakan perjalanan, biarkan kenderaan maju ke hadapan tanpa menekan minyak dan anda boleh perlahan-lahan menambahkan kelajuan. Elakkan keadaan full throttle ketika mula bergerak.

- Selepas membayar tol, seharusnya kita bertenang, dan tingkatkan kelajuan secara berperingkat.

2. Ketika bergerak di dalam kesesakan

- Biarkan transmisi CVT yang bekerja di dalam kesesakan. Anda tidak perlukan pendikit minyak untuk maju ke hadapan.

3. Ketika mula mendaki kawasan cerun

- Selalu menggunakan brek parking (brek tangan) ketika sedang berhenti di kawasan cerun. Brek parking merupakan perkara yang terakhir sekali yang anda perlu lepaskan selepas pedal brek dilepaskan dan pendikit minyak ditekan.

4. Sebelum menghentikan kereta

- Bagi pengguna yang kurang sabar, mereka didapati akan menukar posisi gear dari D ke R (dan sebaliknya) tanpa menunggu kereta berhenti sepenuhnya atau kadar penukaran itu dilakukan terlalu pantas. Keadaan ini boleh merosakkan transmisi sekiranya selalu dilakukan. Sebaiknya, biarkan kereta berhenti sepenuhnya, baharulah kita menukar kepada gear yang diingini.



Perkara yang perlu dielakkan oleh pemilik kereta bertransmisi CVT adalah seperti berikut:-

1. Menggunakan mod shiftronic ketika sedang full throttle atau enjin berkelajuan tinggi.

2. Menukar posisi gear dari D (Drive) ke neutral ketika sedang menuruni bukit. Sentiasa mengekalkan posisi gear D supaya anda boleh membrek dengan bantuan enjin (engine braking).

3. Melakukan imbangan on-wheel dalam keadaan gear Neutral tanpa menghidupkan enjin.

4. Menunda kereta dalam keadaan mengundur.

5. Tidak melakukan adaptasi klac berkala (periodic clutch adaptation). Anda boleh melakukan sendiri sekiranya anda mahir. Jika tidak, sila rujuk kepada pakar perihal ini.

6. Tidak menukar bendalir transmisi dan penapis bendalir mengikut kadar masa yang ditetapkan.

7. Menggunakan bendalir transmisi yang tidak bersesuaian dengan ketetapan pengeluar.

8. Terkurang mengisi bendalir transmisi juga mampu merosakkan transmisi kerana peranan bendalir ni amat penting bagi memastikan kelancaran pergerakan. Pastikan mekanik/pusat servis merekod item ini ketika melakukan servis berkala.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta