Sesi mengopi TANPA beli kopi #433 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hai tuan eddie.....sy berminat dgn toyota estima tcr.....adakah berbaloi untuk membelinya....... JAWAPAN: Toyota Estima tidak asing lagi dalam dunia kenderaan MPV di Malaysia ini, boleh dikatakan di mana-mana bandar dan perumahan mesti ada keluarga yang mengunakan jenama ini sebagai pengangkutan seisi keluarga. Toyota Estima TCR (juga dikenali dengan Previa atau Tarago di beberapa negara) ia adalah model MPV mewah keluaran Toyota dari tahun 1990 hingga 1999, hasil rekaan Tokuo Fukuichi dan David Doyle yang dipatenkan pada tahun 1987.Dengan rekabentuk yang aerodinamik yang mendahului zaman, ia juga digelar Bean (kacang) atau Egg (telur). Oleh kerana model ini berusia di antara 18 - 27 tahun, maintenancenya perlu dijaga dengan rapi. Bersedia untuk membaiki kereta ini lebih kerap dari kereta yang lebih baru. Spare part akan lebih mahal sedikit memandangkan usianya yang lanjut juga. Pastikan ketahui sejarah kereta ini atau memeriksa kereta ini secara keseluruhan di kedai mekanik sebelum membelinya. Toyota Estima tidak mempunyai banyak isu besar. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |