EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #423

3/21/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #423
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Tuan,
Kereta yang hendak dilelong tu telah saya tebus balik memandangkan saya panik kerana saya dapat tahu lagi seminggu akan dilelong.

Saya ada 2 pilihan:
1. Biarkan kereta tu ditarik dan dilelong.
2. Saya jual kepada used car.

Kereta tersebut masih lagi mempunyai loan lebih kurang rm50k

Apa pendapat tuan? Pilihan mana yang lebih berbaloi. Terima kasih atas pandangan tuan

JAWAPAN:

Pilihan kedua lebih berbaloi.

Sebelum itu, saya jelaskan apa yang mungkin akan terjadi jika kereta ditarik dan dilelongkan.

KOS

Apabila kereta ditarik, bank akan caskan fie untuk penarikkan. Maka apabila kereta ini dilelong kelak, kos ini akan ditolak daripada jumlah yang didapati apabila kereta berjaya dilelong kelak. Di samping itu, bank juga akan mengenakan lain-lain fie seperti dokumentasi, kos simpanan kereta di stor, kos iklan dan sebagainya untuk menjualkan kereta ini.

KEROSAKKAN dan KEHILANGAN barang dalam kereta

Apabila kereta di tarik, panel penarik merupakan orang ketiga yang digunakan oleh pihak bank. Sering berlaku kes barang di dalam kereta dicuri atau ditukar sebelum kereta ini sampai ke stor pusat lelongan. Maka sekali lagi, jualan pada masa lelong akan kurang kerana pembeli akan mengambil kira kelengkapan barangan di dalam kereta. Pusat lelongan juga mrmbuat sebut harga lebih rendah jika ada parts yang hilang atau ditukar.

PENJUALAN

94% orang yang beli kereta di pusat lelongan juga adalah daripada pihak used car.

Kesimpulannya, jika ada pilihan menjual kereta melalui lelongan atau ke kedai used car, lebih baik sahaja dijual kepada kedai kereta terpakai terus.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta