Sesi mengopi TANPA beli kopi #420 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Kalau compare dengan Audi A4 2011 dengan BMW 520d 2012, kereta mana yang maintenance yang tinggi? JAWAPAN: Sebenarnya kedua-dua sama tinggi kos maintenancenya. Jika dibandingkan Audi dengan BMW kereta petrol, BMW lebih murah sedikit. BMW diesel pula lebih tinggi maintenance kerana kualiti diesel di Malaysia bukan setahap dengan di Eropa, maka enjinnya selepas 5 tahun akan terjejas. Jika ingin beli kereta Eropa yang lebih dari 5 tahun, bersiap sedia untuk bajetkan kos pembaikian yang lebih tinggi dan lebih kerap perlu dibaiki. Bukan semua mekanik tahu cara pembaikian kereta Eropa ini. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |