Sesi mengopi TANPA beli kopi #418 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello mr eddie. Sy mahu tnya perbezaan untuk 4×4 mitsubishi triton dan ford ranger. Yg mna lebih ok dri segi ketahanan enjin dan lasak. Selain itu dri segi maintenance dan penggunaan minyak.. JAWAPAN: Mitsubishi Triton Nampak macam gagah dan cantik, tetapi hakikat sebenarnya macam bintang K Pop - cantik di luar sahaja. Kalau diguna on road, laju boleh dibadingkan dengan Nissan Navara. Offroadnya memang tidak sesuai langsung. Mitsubishi Triton tidak dibina untuk mengendali cabaran jalan yang tidak rata. Dalaman memang selesa Penggunaan minyak boleh tahan jimat Ford Ranger Memang serba boleh. Dari segi speed dan pickup, memang 50/50 Softcore / hardcore offroad sangat bagus. Dalaman selesa dan luas, cuma kecik sedikit dari Nissan Navara Luaran dan dalaman memang lasak. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |