Sesi mengopi TANPA beli kopi #414 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi en eddie, Sy ada kereta hyundai matrix 1.6A 2003. Kerosakan: 1. Engine oil leak 2. Transmission oil leak 3. Aircond gas leak 4. Driveshaft sound "tak tak tak" 5. All 4 absorber & mounting need to be replaced 6. Transmission, 2nd & 4th gear problem So berbaloi kah untuk sy repair atau pun lebih baik sy jual sahaja? Kalau jual, brp rm anggaran harga jual dgn kerosakan seperti di atas? Tq. JAWAPAN: Harga pasaran Hyundai Matrix tahun 2003 anggaran dalam Rm 8,000. Anggaran kos membaiki segala kerosakan yang di senaraikan di atas mungkin dalam RM2,000 - RM 5,000 terpulang berapa ketara setiap masalah tersebut. Oleh itu, tuan boleh dapat balik dalam RM 3,000 - RM 6,000 Cadangan saya ialah menjual kereta tersebut jika tiada hutang lagi. Tidak berbaloi untuk dibaiki kereta yang mempunyai banyak kerosakan. Selepas dibaiki semua yang di senaraikan di atas, akan ada lain bahagian yang mula rosak dan kos pembaikian akan meningkat. Di samping itu juga kesulitan kerana perlu luangkan masa banyak hantar kereta ke mekanik. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |